Friday 13 September 2013

KWSP pembeli utama di Bursa Malaysia

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) muncul sebagai pembeli utama di Bursa Malaysia semasa berlakunya penurunan dalam pasaran saham tempatan baru-baru ini selepas pelabur asing mengurangkan pegangan mereka. 

Timbalan Ketua Eksekutif KWSP bagi pelaburan, Mohamad Nasir Ab Latif, berkata pengurus dana pencen keenam terbesar dunia dengan aset berjumlah lebih daripada AS$170 bilion (RM556.9 bilion) itu hanya membeli saham yang ‘berkualiti’ dan ‘memiliki asas yang kukuh’.

Raih pulangan 
“Sebagai pelabur terbesar di Malaysia, KWSP melihat sebarang ketidaktentuan keterlaluan yang berlaku dalam pasaran sebagai peluang bagi mengimbangi semula portfolio dalam meraih pulangan berterusan selain pada masa sama mempelbagai risiko. 

“Kami percaya, Malaysia berada dalam kedudukan lebih kukuh di masa hadapan. Kami menjangkakan minat pelabur akan kembali semula ke rantau ini, khususnya dalam (pasaran) negara baru membangun,” katanya dalam satu maklum balas e-mel semalam. 

Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI), jatuh 6.8 peratus pada 28 Ogos lalu daripada paras rekod tertinggi yang dicatatkannya pada 24 Julai lalu, sebelum melantun semula dengan mencatatkan peningkatan sebanyak 5.1 peratus. 

Kedua terbesar 
Pengurus dana persaraan kedua terbesar Malaysia, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Kumpulan Dana Persaraan Kerajaan Thailand dan pengurus skim persaraan Indonesia, PT Jamsostek, turut menyatakan membuat pembelian saham dalam pasaran tempatan masing-masing semasa berlakunya penurunan dalam pasaran saham serantau baru-baru ini ekoran daripada kebimbangan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat akan mengurangkan program rangsangan kewangannya ke atas ekonomi negara itu. 

Secara terkumpulnya, keempat-empat pengurus dana berkenaan memiliki aset berjumlah AS$229 bilion (RM750.2 bilion). 

Menurut data yang dikumpul Bloomberg, pada 28 Ogos lalu, indeks KLCI didagangkan pada tahap 14.9 kali daripada jumlah pendapatan bagi tempoh anggaran selama 12 bulan akan datang. 

Ia adalah paras terendah yang pernah dicatatkan penanda aras itu sejak April, dan hari ini ia dinilaikan pada tahap 16.7 kali. 

Menurut perangkaan Bursa Malaysia, dana asing dilaporkan menjual sebanyak RM6.8 bilion (AS$2.1 bilion) pada Ogos lalu. - Bloomberg
BERITA DUNIA

Mengandung kokain



Wanita Kanada 'hamil' ditahan cuba seludup dua kilogram dadah 

Bogota: Seorang wanita warga Kanada ditahan polis Colombia semalam selepas cuba menyeludup dua kilogram kokain dengan menyamar sebagai pelancong yang sedang hamil. 
Timbalan pengarah bahagian antidadah polis Colombia, Kolonel Esteban Arias Melo, berkata Tabitha Leah Ritchie, 28, ditahan ketika cuba menaiki penerbangan ke Toronto dengan memakai ‘perut getah’ yang disumbat kokain di dalamnya. 


Wanita terbabit, menarik perhatian seorang anggota polis wanita apabila bersikap mencurigakan selepas ditanya tempoh kehamilannya. 

“Dia menunjukkan reaksi agresif dan tidak suka dengan soalan itu, tetapi bertegas mengatakan dia hamil tujuh bulan. Sikapnya menyebabkan anggota polis berkenaan mengesyaki sesuatu dan kemudian memeriksa wanita itu. 

Bungkusan kokain 

“Polis wanita itu kemudian menyentuh perut Ritchie dan mendapati ia sangat keras dan terlalu sejuk. Selepas pemeriksaan tubuh dijalankan, beliau menemui dua bungkusan disumbat di dalam perut getah mengandungi kokain setiap satu beratnya kira-kira dua kilogram,” kata Melo. 
Ritchie tiba di Colombia 6 Ogos lalu dan mengaku dia seorang pekerja sosial.

Melo berkata, dadah dibawa Ritchie mempunyai pasaran kira-kira AS$60,000 (RM196,668). Ritchie berdepan hukuman lima hingga lapan tahun penjara jika sabit kesalahan. - AP/AGENSI
SEJARAH PEMBUATAN PROTON



SEJARAH KEWUJUDAN PROTON MALAYSIA


PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia.

Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut.

Sejarah Asal-Usul PROTON

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad berasaskan idea beliau kepada presiden Mitsubishi semasa lawatan beliau ke Malaysia pada tahun 1981.



Kemudian pada bulan Februari 1982, satu pasukan projek ditubuhkan di Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) bagi membuat penyelidikan dan menandatangani perjanjian dengan Mitsubishi.

Senarai kenderaan/kereta keluaran PROTON:

  1. Proton Arena: Sebuah trak utiliti mini yang juga dipanggil sebagai Proton Jumbuck di UK dan Australia).
  2. Proton Gen-2: Satu-satunya kereta buatan Malaysia sepenuhnya (termasuk chasis dan enjin) dan merupakan model gantian untuk Proton Wira; dilancarkan pada 8 Februari 2004.
  3. Proton Iswara: Merupakan perubahan rupa bagi Proton Saga; dilancarkan pada 1992.
  4. Proton Juara: Sebuah MPV yang ringkas dan kecil berasaskan Mitsubishi Town Box.
  5. Proton Persona: Dilancarkan pada 15 Ogos 2007. Kereta sedan 1.6 liter ini berasaskan kepada model terdahulu, Proton Gen-2 dengan menampilkan bentuk sedan berbanding Gen-2 dengan bentuk hatchback. Ia juga mengekalkan enjin 82kW Campro.
  6. Proton Perdana: Berasaskan Mitsubishi Eterna, dikeluarkan untuk pasaran kereta mewah pada 1994.
  7. Proton Perdana V6: Versi V6 untuk Proton Perdana dengan pengubahsuaian kit.
  8. Proton PERT: Mempunyai ciri yang sama seperti Mitsubishi Lancer Evolution III. Model ini hanya digunakan pada Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC).
  9. Proton Putra: Sport Coupe 2 pintu berpandukan Mitsubishi Mirage/Asti.
  10. Proton Saga: Merupakan model pertama, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore. Ia dibangunkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan September 1985. Proton Saga ke 100,000 telah dikeluarkan pada Januari 1989. Model generasi kedua Proton Saga dikeluarkan pada Januari 2008 dengan reka bentuk serba baru rekaan Proton sendiri serta menggunakan enjin Campro IAFM 1.3L.
  11. Proton Satria: Hatchback 3 pintu berpandukan Mitsubishi Mirage/Colt.
  12. Proton Satria GTI: Hatchback sport 3 pintu. Merupakan percubaan Proton untuk mengeluarkan versi sport dan market hatchback berkuasa tinggi. Amat popular di Malaysia dan mempunyai pengikut yang ramai di Australia. Enjin berkuasa 4 silinder 1.8 liter DOHC.
  13. Proton Satria R3: Merupakan versi terhad spek perlumbaan untuk Satria dengan hanya dikeluarkan sebanyak 150 unit. Merangkumi kerangka chasis ringan dan enjin ubahan.
  14. Proton Satria Neo: Merupakan versi terbaru keluaran Proton. Ia dilancarkan pada 16 Jun 2006 dan didatangkan dalam 1.6L dan 1.3L dengan enjin Campro. Ia dijangka mengambil kembali pasaran jualan kereta Proton sebanyak 40%.
  15. Proton Savvy: Dilancarkan pada 8 Jun 2005. Merupakan kereta kompak 5 pintu dengan 1,200 cc, model gantian untuk Proton Tiara. Tetapan standard kereta ini menerima enjin dan kotak gear semi-otomatik dari Renault.
  16. Proton Tiara: Merupakan kereta kompak berasaskan Citroën AX, direka dibawah lesen Proton dari 1996 hingga 2000.
  17. Proton Waja: Juga dipanggil Proton Impian di Eropah, ia merupakan kereta Proton yang pertama direka sendiri. Tetapi, chasis kereta diambil dan direka berpandukan chasis dari Mitsubishi dan Volvo S40 generasi pertama (melainkan varian 1,800 cc, dimana dibangunkan dengan menggunakan enjin Renault). Asalnya model Proton Waja 1.6 menggunakan enjin 4G18 yang turut digunakan oleh Mitsubishi Lancer model tahun 2000 tetapi kemudian ia mula menggunakan enjin Campro pada tahun 2006. Pada tahun 2008, enjin Campro pada Proton Waja turut dilengkapi teknologi pemasaan injap boleh laras Campro CPS.
  18. Proton Wira: Juga dikenali sebagai Proton Persona di beberapa pasaran luar negara, ia telah diperkenalkan pada 1993 berasaskan Mitsubishi Lancer/Colt. Telah terjual sebanyak 220,000 unit diantara 1996 dan 1998. Versi ini amat popular di Malaysia.
  19. Proton Exora: MPV pertama Proton ini dilancarkan pada 15 April 2009. Ia menggunakan enjin Campro CPS 1.6L yang menghasilkan 125 kuasa kuda/6750rpm dan 150Nm of tork/4000rpm, memberikan kelajuan maksimum 165 km/j dan penggunaan bahan api 7.2 L/100 km. Exora dianugerahkan 4 bintang dalam penarafan EuroNCAP selepas 32 buah Exora dihantar menjalani ujian perlanggaran di pusat ujian perlanggaran Applus+ IDIADA di Sepanyol. Selain itu, Exora turut dianugerahkan penarafan 4 bintang oleh program penilaian MyVAP. Salah satu daripada ciri utama yang membolehkan penarafan tersebut dicapai ialah melalui penggunaan keluli tegangan bagi kerangka badan, memberikan kestabilan yang lebih baik serta penyerapan kesan perlanggaran yang lebih baik semasa kemalangan. 

Saturday 7 September 2013

Pulau Langkawi

SEJARAH PULAU LANGKAWI

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul AmanMalaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di manaPulau Langkawi merupakan yang terbesar

Asal Usul Nama
Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Pada suatu masa dahulu, Langkawi dikatakan menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi. Batu Kawi dikatakan turut terdapat di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.
"Kawi" dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.
Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—"Langka" (keindahan) dan "Wi" (tidak terkira).

GEOGRAFI
Langkawi terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman berhampiran sempadan antara Malaysia dan Thailand. Beberapa kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Pulau Tarutao. Bandar utama gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu Pekan Kuah.
Titik tertinggi Langkawi ialah Gunung Raya, yang mencapai ketinggian 881 m dari atas paras laut di kawasan tengah-barat pulau utama.[1][2]
Kepulauan ini mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan darat 528 km2 (204 batu persegi).

LEBAH KELULUT


Kenali Lebah Kelulut @ Trigona

Para saintis dan ilmuan telah membahagi lebah kepada 2 kelompok besar iaitu lebah bersengat dan lebah tidak bersengat serta tidak membahayakan manusia. Meskipun lebah bersengat lebih dikenali meluas, tetapi kajian ahli taksonomi menyimpulkan lebah tidak bersengat kelulut merupakan lebah yang tertua yang pernah ditemui. Lebah kelulut merupakan antara 33 jenis spesies lebah trigona yang tidak mempunyai sengat dan madunya dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik.
FIZIKAL LEBAH KELULUT
Ukurannya hanya 3 – 8mm dan sangat lincah bergerak. Ia sangat berbeza dengan lebah Apis (Apis Dorsata-Lebah Tualang dan Apis Cerana-Lebah Lalat) yang ukurannya lebih besar dan pergerakkannya tidak bergitu lincah.
CIRI-CIRI KHAS
Lebah kelulut mirip lebah bersengat, tetapi jauh lebih kecil. Serangga ini mempunyai 3 pasang kaki yang semuanya beruas-ruas. Sepasang kaki belakang memiliki duri-duri yang sangat banyak sehingga mampu memegang erat debunga yang dikutip dari tumbuhan. Dibahagian kepala terdapat sepasang mata yang sangatlebar, mirip mata belalang, mempunyai sepasang antena, dengan mulut muncung panjang bagi memudahkan lebah kelulut menghisap madu. Ia juga mempunyai sepasang sayap di punggungnya berukuran lebih panjang yang membuatkannya dapat bergerak bebas dengan lincah diudara. (Gambar: Menunjukkan perbandingan saiz lebah kelulut dengan lebah tempatan).
JENIS LEBAH KELULUT
Daripada kajian yang dijalankan diseluruh pelusuk dunia, telah ditemui 150 spesis lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan lain-lain lagi.
Diantara Negara yang dikenalpasti mempunyai lebah trigona adalah seperti Indonesia (37 spesis), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesis), Vietnam (8 spesis), India (3 spesis), Taiwan (1 spesis) dan Negara kita Malaysia terdapat lebih 29 spesis lebah trigona di hutan hujan tropika sepanjang tahun dengan iklim Khatulistiwa yang semestinya memberikan kelebihan tersendiri secara semulajadinya.